Tuesday 1 November 2011

Mesej rahsia kami : Bab 3

Alam maya

Aku menekan papan kekunci laptopku mengisi ruang Username dan Password di ruang forum Sekolah Tinggi Kizuna, sebuah ruang laman maya yang dikhaskan untuk penuntut-penuntut sekolahku. Setiap pelajar diberikan ID nya sendiri dan masing-masing boleh bersosial di laman itu. Aku tahu melalui laman forum itu, sudah ramai pelajar yang mula berkawan dan bercinta. Memang dunia internet dapat mempengaruhi banyak benda.

Pantas tanganku menekan butang NEW di ruang forum Hot Post yang kelihatan berkelip-kelip itu. Nampaknya, ruangan itu begitu mendapat sambutan malam ini. Mestilah ada topik-topik panas dan gosip-gosip terbaru sekolah yang  ditulis di forum. Beginilah caranya gosip-gosip sekolah tersebar dengan cepat. Hanya dengan sekali kelik saja, seluruh sekolah dapat mengetahui segala-galanya. Si X yang mengandung, Si A dan B yang bercinta, Si K yang ditangkap polis…

PELAJAR KELAS 2B GAY?? (HOT)

Begitulah tajuk thread terbaru di Hot Post malam ini. Terus aku menekan link itu dan membaca topik utamanya dan komen-komen di bawah yang berlanjutan hingga ke 5 mukasurat.

+ Aku dengar ada sorang budak kelas 2B meluahkan perasaan pada Cikgu Kazuto Araide yang ajar Matematik. Dan yang menariknya, budak tu ialah LELAKI!!

-      Siapa? Siapa?

-      Tak sangka ada lelaki berani buat macam tu. Mesti dia gay.

-   Kelas 2B… macam kenal je siapa orangnya. M_ _ _ _ _ _  H_ _ _ . Hahahaa..

-     Aku pun rasa macam kenal.

Aku mengeluh berat membaca post-post yang semakin membanjiri topik itu. Aku mulai dapat mengagak siapa orang yang dimaksudkan oleh si pengirim topik ini. Memang aku marah. Gosip sebegini pasti akan menjatuhkan maruah orang yang dimaksudkan itu. Pastinya budak ini akan berasa malu hendak ke sekolah esok memandangkan semua orang pasti akan memandang serong padanya.

Ya… seorang gay atau homo memang tidak dapat diterima umum dan aku pun sedia maklum tentang itu. Tapi, perasaan manusia bukankah tak dapat dikawal? Maksud aku, kalaulah kita sukakan seseorang, kita tetap akan sukakan dia tak kiralah siapa atau apa jantina dia, bukan? Atau mungkinkah aku yang terlalu naïf dalam menilai perasaan manusia?

Hakikat sebenarnya ialah aku juga sedikit terasa dengan post itu, bagaikan ianya juga ditujukan untuk aku. Perasaan aku pada Kai… adakah ini bermakna aku juga ialah seorang gay?

Aku kemudian memandang ke ruang Online dan terpandang nama Kai di situ. Dia online rupa-rupanya malam ini. Rasanya baru saja sebab dua puluh minit lalu, namanya masih belum timbul di situ. Terdetik di hati mahu menegurnya namun, sebelum sempat aku menekan namanya untuk memulakan perbualan chatting, kotak chat mula keluar di monitor laptopku. Nampaknya, Kai terlebih dahulu menegurku.

-    Oit..

-    Ya. Apahal?

-    Kau sibuk? Dah makan?

-    Dah. Makan nasi dengan tempura. Kau?

-    Makan mi cawan je..

-    Biar betul kau ni? Minggu ni saja dah berapa kali kau makan mi cawan?

-    Mak aku takde kat rumah la.

-    Belajar la masak sendiri, Kai. Kesian dekat Gen tu.

-    Kalau aku reti masak, memang aku dah masaklah.

-    Kau ni… teruk betul. Gen tengah buat apa?

-    Baca Doraemon.

-   Datang rumah aku setengah jam lagi. Aku masakkan something untuk kau dan Gen.

-    Tak apa ke? Mak kau tak kisah? Ayah kau?

-    Mak aku jaga kedai. Ayah aku entah mana dia pergi… dah tiga hari tak balik.

-    Oh.. kau nak masak untuk aku?

-    Bukan untuk kaulah. Untuk Gen.

-    Hahaa.. :D Terima kasih. Kami datang sekarang. Aku nak tengok kau masak.

-    Suka hati kaulah.

-    Aku sayang kau, Ryo.

Sebaik sahaja dia menaip kata-kata terakhir itu, statusnya terus bertukar menjadi Offline. Tak sabar-sabarnya dia nak datang makan di rumahku sampaikan dia terus offline serta-merta tanpa menunggu balasan daripadaku.

Mataku merenung baris terakhir di chatbox yang masih belum kututup dengan hati yang berbunga-bunga. Ayat ‘Aku sayang kau, Ryo’ itu benar-benar membuatkan aku senang walaupun aku amat pasti ianya ditaip sekadar menunjukkan yang dia amat-amat berterima kasih kepadaku. Tiada perasaan istimewa yang dititipkan bersama-sama ayat itu, tetapi sekadar rasa sayangnya kepada seorang sahabat. Sahabat… dia hanya menganggap aku sebagai seorang sahabat.

Perlahan-lahan jari-jemariku menekan beberapa huruf di ruangan chatbox itu.

-Aku sayang kau juga, Kai.

Aku menekan butang Backspace dan memadam ayat itu sebelum menaip ayat baru.

-Aku suka kau, Kai.

Sekali lagi aku menekan butang Backspace dan jariku terus menekan-nekan huruf-huruf yang terakhir.

-Aku cintakan kau, Kai.

Ayat ini juga akhirnya kupadam segera sebelum aku mematikan laptopku, bersedia hendak pergi ke dapur rumah untuk memasak. Mana mungkin aku akan membiarkan dia tahu perasaan aku padanya.


Pintu rumahku diketuk perlahan. Aku membuka pintu dan kelihatan Kai sedang tersenyum di luar sambil memimpin tangan seorang budak lelaki berusia 6 tahun. Malam ini dia mengenakan seluar slack coklat gelap dan sweater berhud merah kesayangannya.

“Masuklah.” Aku berbasa-basi berkata sambil menepuk perlahan kepala si kecil Gen. Sempat aku menatap wajahnya malam itu. Rambutnya masih basah dan tidak disikat dengan rapi nampaknya. Barangkali dia baru selesai mandi tadi. Bau wangi shampoo yang dipakainya masih bersisa dan menusuk kuat di hidungku.

“Masak apa? Bau sedap.” Katanya sambil menanggalkan selipar yang dipakai di ruang kasut di depan pintu. Perlahan-lahan dia kemudian berkata, “Maaf menganggu.”

“Stew daging.” Aku membalas pendek.

“Wow… daging apa?”

“Lembu.”

“Gen suka daging lembu.” Gen menyampuk sambil mengangkat kepala memandang ke arahku.

Aku tersenyum sedikit ke arahnya. Raut wajah Gen memang saling tidak tumpah dari wajah abangnya. Aku yakin wajah Kai ketika berusia 7 tahun dulu pasti amat mirip dengan wajah Gen sekarang. “Gen nak tengok TV?” Aku menyoalnya dan dia mengangguk.

Aku segera menghidupkan televisyen dan memasang video Ultraman yang selalu kutonton ketika kecil-kecil dahulu. Gen pantas melompat naik ke atas sofa di depan TV dan duduk dengan senyap menonton video itu, manakala Kai pula mengekori aku ke dapur. Stew daging yang dimasakku sedang menggelegak di atas dapur.

“Kau memang pandai masak. Untung siapa yang dapat kau.” Komen Kai sambil memerhatikan aku mengacau-ngacau stew itu.

“Kau tu yang tak nak belajar. Mak aku paksa aku belajar masak sebab dia nak beri restoran okonomiyaki dia tu pada aku nanti. Dia kata kalau aku nak tukarkan restoran tu jadi restoran makanan lain pun tak apa.” Kataku.

Kai tertawa kecil. “Baguslah. Nanti bila kau besar dan berkeluarga, kau boleh hidup dengan restoran kau.”

“Berkeluarga… hemmm..” Aku bergumam sendiri. Perkara itu masih belum ada dalam ruang pemikiran aku lagi. Sejujurnya aku masih belum memikirkan tentang masa depan aku. Tentang apa yang aku nak buat selepas tamat belajar nanti.

“Baru aku teringat… kau baca tak entri baru di forum sekolah kita tadi?” Aku menyoal kerana tiba-tiba sahaja teringat tentang gosip terbaru di laman forum itu.

Kai mengangguk. “Dah. Sekarang semua orang dah tahu siapa budak gay tu. Kesian pulak dekat dia esok.”

“Ya. Walaupun aku tak rapat sangat dengan budak tu, tapi aku kenal dia sebab kami sama kelab. Kelab bola sepak.” Balasku sambil berjalan ke arah rak dan mengambil sebatang sudu. Aku mencedok sedikit stew itu dan menghembusnya perlahan sebelum menyuapkannya ke dalam mulut.

“So, apa pendapat kau?” Kai tiba-tiba bertanya.

Aku pantas mengangkat kepala memandang wajahnya dengan tanda tanya. “Pasal apa?”

“Pasal gosip tu.”

Dahi aku berkerut sedikit. “Aku tak sukalah gosip macam tu. Apa hak dia nak merendah dan memalukan orang lain sampai macam tu. Sebenarnya gosip pasal apa-apa benda pun tak elok.” Kataku jujur. Mungkin disebabkan sikap aku yang tak banyak bercakap dan mengambil tahu hal orang membuatkan aku menjadi benci untuk mengetahui keburukan orang lain. Bagi aku, setiap manusia perlulah dihormati.

Kai mengangguk-anggukan kepala. Dia kemudian merampas sudu di tanganku dengan selamba dan turut mencedok stewku di dalam periuk. Aku merenung Kai yang sedang meletakkan sudu itu di bibirnya sebelum menjilat-jilat sisa stew di belakang sudu itu. Mukaku terasa sedikit panas. Ah… adakah itu yang orang panggil indirect kiss?

“Kenapa?” Kai bertanyaku. Mungkin dia menyedari aku sedang merenung perbuatannya namun aku amat berharap dia tidak dapat mengesan perkara yang bermain di fikiranku ketika ini.

“Tak ada apa-apa. Kau pulak? Apa pendapat kau… pasal gay?” Aku bertanya sekadar mengalihkan perhatiannya.

Dia terdiam sejenak dan memandang mukaku lama. Seketika kemudian dia mengangkat bahu. “No comment. Aku tak tahu apa-apa pasal gay. Aku tak sokong ataupun menentang, tapi bagi aku kalau kita dah betul-betul sukakan seseorang, bukankan benda lain dah tak bermakna lagi?”

Aku terlopong. Dia berfikiran sama macam aku rupanya. “Kau rasa macam tu? Jadi… errr.. katakanlah kau tahu kawan kau ialah seorang gay, apa reaksi kau?” Aku cuba membuat serkap jarang sambil membuat muka setenang yang boleh seolah-olah soalan yang kutanyakan ini bagaikan soalan yang casual sahaja.

Dia merenung mukaku dengan serius. Aku akui pada waktu itu aku tidak dapat meengagak apakah yang bermain difikirannya. Risau juga aku jika dia dapat membaca kias-kias dari soalanku tadi.

Kai ketawa sedikit. “Aku harap kawan aku tu takkan jatuh cinta pada akulah.” Jawabnya sambil tersenyum. Pada ketika itu aku terasa seolah-olah bebanan batu yang berat sedang jatuh menimpa kepalaku. Bukannya aku hendak mengaku yang aku ialah seorang gay, tapi… kalaulah perasaan aku pada Kai ini menandakan aku mempunyai kecenderungan seksual yang songsang, maka ada kemungkinan juga aku ni memang seorang homoseksual. Dan jawapan yang keluar dari mulut Kai tadi menunjukkan dia ialah lelaki yang straight!

“Kau pulak?” Dia tiba-tiba menyoal.

“Hah?”

“Apa reaksi kau pulak kalau kau tahu kawan kau ialah gay?” Dia pula yang bertanya.

Aku menghela nafas kuat. Aku tidak pasti apa yang patut aku katakan sebenarnya. “Emm… mungkin aku… mungkin aku tak berani nak berkawan dengan dia lagi.” Akhirnya, jawapan ini juga yang keluar dari mulut aku. Jawapan yang menunjukkan kekecewaan aku.

“Oh…” Dan dia hanya membalas begitu.

-bersambung-

8 comments:

  1. i cant wait for the next chapter! >o<
    but seriously, rasa macam aku pulak y kene dump
    ufufufu T.T

    ReplyDelete
  2. uwuwuwuuuu it's actually pretty good. Include forums and all! it's so different !

    ReplyDelete
  3. ^.^ Thanks.. Cerita ni panjang lagi...

    ReplyDelete
  4. sugoiii i fall in love ^_^d lol nasib baek akira x pernh forbidden love but i'think why i love it hahaha well great chapter n i'll look foward next chapter >< , one i can see is ada tanda2 dash tu mula2 nmpk cam weird tpi bila pikir balik oww ada sbb kenapa dia ada kat situ ^_^ GJ just for me as beginner not much i can comment ^^but honestly i love your story <3 your words * indirect kisss specially * >///< n i feel s,t when i read your novel hmm ehem myb later i'll tell you hohohoho ^_^d

    ReplyDelete
  5. -Aku sayang kau juga, Kai.

    Aku menekan butang Backspace dan memadam ayat itu sebelum menaip ayat baru.

    -Aku suka kau, Kai.

    Sekali lagi aku menekan butang Backspace dan jariku terus menekan-nekan huruf-huruf yang terakhir.

    -Aku cintakan kau, Kai.

    Ayat ini juga akhirnya kupadam segera sebelum aku mematikan laptopku, bersedia hendak pergi ke dapur rumah untuk memasak. Mana mungkin aku akan membiarkan dia tahu perasaan aku padanya.

    TERINGAT PENAH WAT CAMNI KAT ORANG AKU SKE.HEHE

    ReplyDelete
  6. Akira : thanks a lot girl. tell me what do u feel nanti2 ok.. hahaa..

    Anonymous: hahaaa.... sama la kita. tapi, nanti, letaklah nama so that i know what to call u.

    ReplyDelete
  7. ok.panggil aku rin je.already read chapter 4.very good.

    ReplyDelete
  8. Kyaaa!! Gelinya~!!! Kawaiiiiii~nyaaa!!!! Ni yang x sabar nak baca lagi nih!

    Yes, we are fangirls!

    ReplyDelete

Komen-komen korang sangat-sangat dihargai.