Wednesday 18 January 2012

Mesej Rahsia Kami : Bab 13

CURIGA

"Uwaahhh..." Aku menguap sebelum menggosok-gosok mataku yang sudah berair itu. Rasa mengantuk masih belum hilang walaupun sekarang aku sedang berjalan ke sekolah bersama-sama Kai.

"Tutup mulut kau tu, Ryo. Aku tahulah kau tu bukannya budak perempuan, tapi buruklah menguap macam tu." Kai menegur sambil melaga-lagakan beg sekolahnya ke bahuku.

"Penat main bola semalam masih belum hilanglah." Aku membalas sambil memuncungkan bibir. Namun seketika kemudian langkahku terhenti apabila ternampak seorang gadis yang dikenaliku sedang berdiri tegak di pintu masuk stesen tren. Bagaikan adegan di dalam anime, gadis itu kelihatan bersinar-sinar dengan rambut yang mengerbang ditiup angin pagi. Dia menghadiahkan senyuman kepada beberapa orang yang memandang ke arahnya dan sememangnya setiap lelaki yang melintasinya pasti akan memandangnya dua kali.

"Hah, kenapa?" Kai menyoal, jelasnya masih belum menyedari kewujudan gadis itu.

"Kai!!" Gadis itu melaung sambil melambai-lambaikan tangannya dengan gembira. Wajahnya yang putih itu kelihatan kemerahan seperti anak patung.

"Eh, Sora? Jarang terserempak dengan kau pagi-pagi ni." Kai membalas tegurannya seraya tersenyum manis. Entah kenapa, senyuman manisnya membuatkan aku kurang senang. Bukan aku tak biasa tengok Kai tersenyum pada budak perempuan, tapi tak tahulah kenapa setiap kali aku nampak dia bersama dengan Sora, hatiku terasa sedikit sakit. Penyakit cemburu aku menyerang lagikah?

Tapi.... mereka berdua memang nampak sama cantik, sama padan. Macam pinang dibelah dua. 

"Selamat pagi Kai. Selamat pagi Ryoki." Sora berkata.

"Pagi." Aku membalas acuh tak acuh.

Mata si gadis terus tertumpu pada Kai dan sememangnya seorang genius tidak diperlukan untuk mentafsir yang Sora memang menaruh hati padanya. "Boleh kita pergi sekolah sama-sama?" Dia menyoal.

"Okey." Tanpa teragak-agak Kai menjawab lalu Sora segera memeluk lengannya dan menarik Kai memasuki stesen tren.

Aku sekadar mengikut dari belakang dengan senyap sambil memerhatikan mereka berdua yang telah hanyut dengan topik perbualan tentang penyanyi dan CD lagu. Kai memang lelaki yang pandai berbual. Memang patutlah dia sentiasa popular di kalangan pelajar-pelajar sekolahku.

"Kan Ryoki?" Sora tiba-tiba menyebut namaku membuatkan aku tersentak. Kedua-dua mereka sedang memandang ke arahku sekarang.

"Hah?" 

"Pagi-pagi dah berangan? Dalam kelas pun Ryoki selalu berangan, kan?" Kata Sora sambil menutup mulutnya. Bahunya terangkat-angkat menahan ketawa manakala Kai hanya memandangku dengan senyap.

Err... apa diorang cakap tadi ya?

"Aku cuma bagitahu Kai pasal ujian mengejut subjek Pengajian bahasa Jepun minggu lepas tu kat kelas kita. Susah kan?" Sora mengulang soalannya lalu aku pantas mengangguk. Mengiakan sahaja apa yang dikatanya walaupun aku langsung tidak mengambil peduli.

Kami bertiga berjaya masuk ke dalam tren yang agak sesak itu dan Sora agak bernasib baik kerana mendapat tempat duduk. Walaupun dia berkeras mahu berdiri bersama-sama kami namun Kai tetap menyuruhnya mengambil tempat duduk itu, manakala aku dan dia pula hanya berdiri sambil memegang pemegang yang tergantung dari langit tren. 

Baik hati sungguh kawan baik aku ni.

Selang sebuah stesen kemudian, seorang penumpang yang duduk di sebelah Sora turun di situ. Gadis itu tersenyum sambil menepuk kerusi kosong di sebelahnya, barangkali berharap Kai akan duduk di sebelahnya. Namun, Kai hanya mengangkat tangan sambil menggeleng.

"Weh, duduklah. Kan ada kosong tu." Kataku sebaik sahaja terpandang wajah Sora yang tampak kecewa itu.

"Takpelah."

"Kai, sesak ni. Kalau kau tak duduk, membazir ruang tau." Kataku sambil mengisyaratkan kerusi kosong itu. Tanpa membalas, Kai melabuhkan punggungnya di sebelah Sora yang sudah tersenyum lebar itu. Aku pula sekadar menjadi pemerhati yang setia sambil tersenyum dan mengangguk-anggukkan kepala sekali-sekala.


"Ryoki!" Seseorang menyapaku dari belakang membuatkan aku tersentak. Pandangan mataku beralih melihat sesusuk tubuh tinggi lampai seorang lelaki yang menepuk bahuku dengan mesra. 

"Takumi!" Tersembur keluar nama kapten pasukanku itu. Hari ni saja aku terserempak dengan dua orang dalam perjalanan ke sekolah nampaknya. Kai yang sedang berbual dengan Sora turut memandang ke arah Takumi. 

"Kau seorang?" Dia menyoal.

"Eh, tak. Aku datang dengan kawan aku, Kai Tasuke." Kataku sambil mengerling ke arah Kai. Mereka berdua bertentangan mata untuk beberapa saat.

"Nampaknya kawan kau ni sibuk dengan girlfriend dia. Kau ikut aku. Ada benda aku nak cakap dengan kau." Kata Takumi agak serius sebelum dia menarik tanganku dan mencelah-celah di sebalik penumpang-penumpang lain di dalam tren itu.

Ehhh!?

"Emm.. kapten, apa sebenarnya kau nak cakap dengan aku?" Aku menyoal.

Takumi menghela nafasnya sejenak. "Aku nak cakap pasal hal semalam. Pasal benda yang berlaku pada Haru."

"Kenapa?"

"Aku dah soal-siasat kedua-dua pemain kita dan mereka pun dah mengaku pada aku. Jadi, aku dah buat keputusan untuk gantung mereka berdua dari perlawanan akan datang. Hari ni aku akan berbincang dengan Cikgu Araide samada dia akan luluskan atau tak." Takumi memberitahuku panjang lebar.

Aku mengukir senyuman. Walaupun hukuman begitu kurasakan kurang setimpal dengan apa yang berlaku pada Haru, namun aku gembira mereka akan dihukum juga. "Baguslah kalau macam tu. Apa yang terjadi pada Haru memang tak profesional."

Takumi terdiam sejenak sambil merenung mukaku. Risau pulak bila dia pandang aku macam tu. "Kau dan Haru memang rapatkah? Rasanya sebelum ni kamu berdua taklah rapat sangat kan?" Tiba-tiba saja Takumi menyoal.

"Ermm. Sebenarnya baru saja kami berkawan baik. Tapi, aku lebih rapat dengan Kai." Kataku tanpa disoal sambil menggaru-garu leherku yang tidak gatal.

"Kai? Kawan kau tadi tu?" 

Aku mengangguk laju.

Tren akhirnya tiba di stesen berhampiran sekolahku lalu penumpang-penumpang terutamanya pelajar Sekolah Tinggi Kizuna berpusu-pusu keluar dari tren dan bergegas menuju ke sekolah yang terletak hanya beberapa ratus meter saja itu.

"Ryoki!" Takumi sekali lagi memanggilku di pintu stesen. Kai dan Sora menghilang entah ke mana.

"Kenapa?"

"Kau.. dan Haru tak ada hubungan apa-apa kan?" Akhirnya terluah jua kata-kata itu dari mulut Takumi yang sedang merenungku dengan muka yang amat serius. 

Keadaan menjadi senyap sunyi untuk beberapa saat sebelum aku mula tersedar di dunia nyata. "Hah?" Aku menyoalnya memastikan telingaku tidak tersalah dengar.

"Maksud aku... kau pun tahu pasal hal dia dengan Cikgu Araide kan? Dia pun tak pernah cakap apa-apa kan? Maksudnya dia memang betul-betul gay lah."

Aku terkesima. Inilah pertama kali aku dengar Takumi berbicara begitu tentang Haru. Adakah ini bermaksud dia juga sama macam orang lain yang suka dengar khabar angin (walaupun perkara itu memang benar)? Tapi, macam mana pula dia boleh agak aku dah Haru ada hubungan macam tu? Aku perlu menidakkan anggapannya secepat mungkin.

"Takumi, apa kau cakap ni? Takkanlah aku.. dengan Haru. Hahaaa... Kami cuma kawan je. Lagipun, aku tak kisah kalau dia memang betul-betul gay pun. Aku ikhlas berkawan dengan dia." Balasku. Asalkan dia tak kacau Kai aku, aku memang ikhlas berkawan dengannya. Aku menyambung di dalam hati.

"Jadi, kau tak kisah pasal gay?" Takumi sekali lagi menyoal dengan kening yang terangkat.

Topik perbualan kami menjadi semakin aneh nampaknya.

"Ya." Aku menjawab pendek.

*****

Aku dan Kai duduk bersila di atas bumbung sekolah yang merupakan kawasan yang amat lapang itu. Selalunya kawasan itu menjadi tumpuan pelajar-pelajar nakal berborak-borak atau menghisap rokok semasa waktu rehat. Namun hari ini, tiada sesiapa pun naik ke bumbung jadi aku dan Kai dapat berborak-borak dengan selesa.

"Haru tak datang hari ni." Kai memberitahuku sambil menyedut air tembikai susu di dalam kotak.

"Kenapa agaknya, ya? Oh, tadi Takumi kata dua senior tu akan digantung perlawanan." Aku memberitahu Kai apa yang diberitahu Takumi padaku tadi.

"Hemm.. kapten kau tadi tu?"

Aku mengangguk sambil cuba menyepit telur gulung manis yang disediakan emak pagi tadi.

"Ryo, kapten kau tu..."

Aku mengangkat kepala setelah menyedari Kai tidak menghabiskan kata-katanya. 

"Takde apa-apalah." Dia tersengih.

Aku mengecilkan mata tanda tidak berpuas hati. Kai memang nak cakap sesuatu tentang Takumi tadi. Benci pulak bila dia cakap separuh separuh ni. Namun aku sekadar mencebik tanda tidak peduli (kononnya).

Pintu yang menghubungkan bumbung dan bangunan itu tiba-tiba terbuka luas dan dua orang pelajar lelaki yang amat aku kenali keluar ke bumbung. Masing-masing nampaknya tidak menyedari aku dan Kai yang sedang duduk di satu sudut sambil menikmati bento kami.

"Kenapa kita pulak yang kena gantung perlawanan? Tak guna!" Nao hampir menjerit sambil menyepak-nyepak pintu tanda tidak berpuas hati. Aku sekadar tersengih melihat ulahnya. Nampaknya hukuman mereka berdua telah diluluskan.

"Aku memang tak puas hati. Kita kena ajar budak-budak tu. Tak padan dengan junior." Jin pula berkata sambil mengepal penumbuk. 'Budak-budak' tu mestilah merujuk pada aku dan Haru. Hahaa... nampaknya aku dah buat musuh lagi.

Secara tidak sengaja Nao berpusing ke arah kami dan rahangnya terbuka luas melihat aku dan Kai yang sedang duduk bersila dengan selamba sambil memandang ke arah mereka. "Yo! Nak makan?" Aku mengangkat tangan sambil tersengih.

"Kau?" Nao mengetap bibirnya.

"Nao!" Jin menarik tangannya sambil menggeleng-gelengkan kepala.

Hehee.. mestilah mereka tak mahu buat masalah lagi.

"Ceh.. kau ingat kau bagus? Jangan ingat kau pemain pilihan Takumi, kau boleh buat apa saja!" Nao menengking.

Aku bingkas bangkit berdiri. "Pemain pilihan? Apa kau cakap ni?" Aku berjalan menghampiri Nao.

"Kau ingat kau terpilih tu sebab bakat kau ke? Aku memang tak tahu kenapa Takumi pilih kau, tapi apa yang aku pasti dia pilih kau bukan sebab kau tu berbakat." Nao berkata dengan senyuman menyindir.

Nafasku semakin sesak. "Apa maksud kau?"

"Biar aku beritahu kau satu rahsia, Ryoki." Kata Nao namun bahunya dicekak kuat oleh Jin yang melarangnya dari terus bercakap. 

"Bukan kami berdua yang nak cederakan kawan gay kau tu." Kata Nao tanpa mempedulikan kawannya itu..

"Habis tu, siapa? Kau berdua yang bagi duit..."

"Memanglah sebab kami juga diugut."

"Diugut?" Kai pula bertanya dengan penuh minat.

"Ada orang masukkan surat ugutan dan duit dalam loker kami. Orang tu suruh kami upah pemain Kuwato untuk cederakan Haru dalam perlawanan semalam. Kalau tak, mereka akan bocorkan rahsia kami." Jawab Nao.

"Rahsia apa?"

Jin secara tiba-tiba menepuk kepala Nao dengan kurang sabar. Wajahnya semakin mencuka dan garang. "Berhenti bercakap, Nao! Mulut tempayan kau ni memang menyusahkan." Dia kemudian memandang ke arahku dan Kai. "Kami dah bercakap benda yang tak sepatutnya. Lebih baik kau suruh kawan kau tu hati-hati. Nampaknya ada orang berdendam dengan dia." 


Aku dan Kai kembali terduduk di lantai dengan hati dan fikiran yang penuh tanda tanya dan curiga. Nao tidak pula kelihatan seperti sedang menipu. Barangkali mereka berdua memang sedang diugut dan dipergunakan seseorang yang berdendam dengan Haru. Tapi siapa dan apa motifnya?

"Kau rasa apa kita patut buat?" Kai memecah kesunyian itu.

"Tak tahu. Mereka berdua pun takut dengan ugutan tu dan aku tak rasa mereka tahu siapa yang ugut."

"Hei, apa kata kita berdua jadi detektif dan siasat benda ni?" Tanya Kai dengan suara yang teruja. Dia memang bersemangat kalau bab-bab siasat-menyiasat ni.

Aku mengerlingnya. "Kau ingat senang?"

"Alah.. kalau kita berdua yang siasat, mesti boleh punya. Kita berdua kan partner yang ideal!" Katanya sambil memeluk bahuku dan tersengih lebar.

Partner? Ideal? Oh... life partner? 

Oh.. hidungku nak berdarah dengan beberapa visual kurang senonoh yang tiba-tiba keluar di otakku sebaik sahaja dia menyebut perkataan partner tadi. Aku terduduk tegak membiarkan saja tubuhku dipeluk Kai yang sedang teruja itu. Kalau aku menolak, rasanya dia takkan peluk aku lagi lepas ni. 

"I.. iyalah. Kita siasat." Balasku sedikit gugup.

Tanpa disedari kami, pada ketika itu ada seseorang sedang mengintai dari sebalik pintu.

-bersambung-

10 comments:

  1. Replies
    1. Jalan cter makin twisting ni. Hahaaa... harap2 korang tak bosan dan cter ni tak meleret nanti. =)

      Delete
  2. cool and suspen hohoho i must know whos culprit lolol...and i like some ayat heheheh cam walaupun perkara tu benar * laugh * and i dun like sora character waaa..takumi are you gays hahahaha * i think * waaa i must read read and become zombie ai >0<

    ReplyDelete
  3. as i told, sy akan baca bab 12 bila bab 13 keluar.
    and now i did it ^^
    well, your story become more and more interesting.
    twist sikit takpe since sy still faham storyline die.
    heeheee..great job sis ^^ gambare!

    ReplyDelete
  4. and one more thing,
    NEW image. daisuki ^^

    ReplyDelete
  5. Tak sangka, dah nak masuk tahun 2022, tapi aku still menunggu bab 14 nak keluar dari tahun 2012... Nama blog ni pon still ingat dalam kepala.. Tertanya2 juga dgn khabar tuan punya blog... Harap Tuan blog sihat2 je.. Nak2 dgn pandemik sekarang..

    ReplyDelete

Komen-komen korang sangat-sangat dihargai.