Thursday, 3 May 2012

Bersawang dah

Dah bersawang rupanya blog aku ni. Sorry banyak-banyak kat mereka yang baca dan follow cerita kat sini. Dah lama tak berupdate. Memang aku nak update tapi asal nak mengarang je, mesti ada hal terjadi so mood aku pun dah hilang. Takpelah sebab aku tahu blog aku ni tak ramai pembaca pun memandangkan novel yang aku karang ni bukan pasal couple straight. Hehehee.. I am a fujoshi after all and the person that I fall in love with now too is a girl (sekarang baru aku sedar betapa tak normalnya aku). 

Takpelah. Aku tak ada niat nak menukar sexual orientation aku walau banyak mana pun aku sayangkan kawan baik aku ni. Berdosa besar tu. Tak lama lagi, mesti aku akan suka lelaki balik. Kenalah aku bersabar dan berdoa banyak-banyak.

Tiba-tiba aku teringin pula nak karang cerpen shoujo ai (bukan yuri yee) lepas baca cerpen ala-ala shoujo ai yang dikarang sorang kawan aku ni di blog dia tajuk Untukmu Kawanku (klik kalau nak baca). 


Mungkin juga aku patut buat cerita pasal aku sendiri dengan kawan baik aku tu. Hahaa... tapi macamlah ada yang berminat, kan?



Tuesday, 28 February 2012

Lama tak update

Hai,

Lama dah aku tak update Mesej Rahsia Kami kat sini. Sorry bebanyak. Keja banyak, tak sempat nak selalu berfb pun. Kalo nak mengarang ni memang kena concentrate betul-betul. Tapi sekarang banyak benda aku tak sempat nak buat sebab terlampau busy. Plus, aku tengah sakit kepala dengan benda yang melanda aku sekarang ni. Aku rasa macam novel yang aku karang ni jadi real dalam life aku pulak. Bezanya, aku ni perempuan.

Hahaa..

Untuk yang tau kisah 'kecik' aku tu, mungkin fahamlah kut. Tetiba aku rasa nak buat curahan hati kat sini pulak. Iyelaa.. itulah gunanya blog. Kan? 

Aku rasa macam makin kronik lak ketaknormalan aku sekarang ni. Bila aku sedar kawan aku sedang beri respon positif pada aku, aku mula lupa diri. Aku makin happy dan aku mula rasa yang she is mine and mine alone. Terasa cemburu bila dia cakap dia keluar dengan kawan A, bila dia chat dengan kawan B, bila dia jumpa dengan kawan C. Padahal semua tu perempuan. Pastu bila dia kata nak borak dengan kawan E yang jantinanya lelaki, lagilah membuak rasa jeles aku ni. Rasa macam nak rentap tangan dia balik je. Pastu bila dia lambat sikit reply mesej atau chat, mulala aku fikir macam-macam.

Dia tengah chat ngan orang lain ke? Dia bencikan aku ke? Dia rasa aku annoying ke? Aku ni clingy sangat ke?

Mungkin aku cuma nak dia mengadap je muka aku selalu. Sampaikan tempat keja pun aku harapkan dekat-dekat sebab senang nak keluar lunch sama. Aku harap aku akan selalu jadi no 1 (selepas keluarga dia) dalam hidup dia. Aku tahu satu hari nanti, kitorang akan ada life sendiri. Mungkin akan kahwin, beranak pinak semua. Masalah pulak sekarang ni bila aku dah mula takut bila pikir camtu. Tapi aku selalu doa akan ada lelaki datang dan bukak pintu hati aku ni. Masa tu mungkin perasaan aku akan neutral balik.

Terukkan aku?

Tapi, seriously aku taknak benda ni. Mungkin aku ni masochist agaknya. Tau benda tu akan menyeksa aku luar dan dalam tapi, aku tetap takleh lepaskan walaupun aku cuba.

Aku taknak dia rasa aku annoying. Aku taknak dia benci aku.

Tapi, respon yang dia bagi kat aku akhir-akhir ni, buat aku makin susah nak lepaskan benda ni. Dia macam pegang satu tali dileher aku. Bila aku rasa nak lari, dia tarik slow-slow dan aku pun makin datang dekat dengan dia. Sampaikan aku rasa aku dah boleh hidup cuma dengan dia je.

Aku memang dah boleh terima perasaan aku kat dia ni. I mean, selagi aku tak ada niat nak buat benda pelik-pelik dengan dia takpelah. Tapi, still tak normal kan? 

Baru lepas baca manga shoujo ai ni. Terasa mcm ada kena mengena dgn aku pulak.

Tuesday, 7 February 2012

She went away

Finally, after a long holiday, she decided to go back to her rental house in Shah Alam. I have a chance to see her today for the last time before she depart on this Thursday. Ahh.. I will miss her a lot. I felt like hugging and kissing her hard but of course I can't do that. She'll think I'm weird and probably be scared of me, thinking that I might have liked her more than as a friend (which secretly is true). 

Duduruuuu....

Feels like reading more shounen ai stuff!!
(I dislike yuri, so I think I still like guys. Thank God.) - But she's the exception.


Thursday, 26 January 2012

A silent kiss



"Okey, siapa setuju angkat tangan!" Yuuta berkata dengan nada suara yang tinggi. Dia kelihatan amat teruja dan kapur tulis yang berada dalam tangannya itu nampaknya sudah hampir patah. Sebaik sahaja dia berkata begitu, hampir semua pelajar kelasnya mengangkat tangan tinggi ke udara sambil bersorak-sorak. Yuuta tersenyum. "Bagus! Kalau macam tu, kita semua akan masuk aktiviti uji keberanian malam esok. Jangan tak datang pulak."

Yuuta tersenyum lagi. Sebagai wakil kelas 3-A Sekolah Tinggi Kuro, dia ingin menghabiskan masa-masa berkualiti bersama-sama kawan sekelas sebelum mereka semua tamat pengajian ketika musim luruh nanti. Selepas ini, semua orang akan mengikuti haluan masing-masing dan mungkin tidak akan bertemu lagi. Inilah masanya untuk bersuka-ria sebelum mereka semua menginjak ke alam dewasa.

Dia meluaskan pandangan matanya ke arah semua pelajar kelasnya yang terdiri daripada 12 orang pelajar perempuan dan 14 orang pelajar lelaki itu. Kesemua kawan-kawannya tampak teruja sekali hendak menghabiskan malam hujung minggu ini di sekolah. Mereka akan berkhemah di padang sekolah dan menjalani aktiviti ujian keberanian di hutan belakang sekolah. Mata Yuuta tiba-tiba terpandang seraut wajah seorang pelajar lelaki berkaca mata yang duduk di barisan ketiga dari belakang di tepi tingkap. Pelajar itu tunduk menekur buku di atas meja dan langsung tidak menunjukkan minat dengan aktiviti yang akan dijalankan.

"Akio, kau tak setuju?" Yuuta menyoal pelajar lelaki itu yang kemudian mengangkat kepalanya. Mereka bertentangan mata selama beberapa saat.

"Mengarut. Periksa tak lama lagi, kamu semua sibuk nak berkhemah. Lebih baik duduk rumah dan baca buku." Tingkah Akio tegas dengan wajah yang serius. Kata-katanya itu membuatkan kesemua pelajar kelas 3-A terdiam. Ada juga yang mencebik dan menyindir Akio dengan panggilan 'budak nerd' atau 'si mata empat yang perasan bagus' atau 'mamat anti sosial'.

Yuuta cuba mengukir senyuman. "Akio, ni je masanya kita luangkan masa bersama-sama. Lagipun, aktiviti kita tu malam esok je."

Akio menepuk meja agak marah. "Suka hati koranglah nak buat apa pun. Aku tak nak join."

Tersirap darah Yuuta naik ke muka melihat perubahan tingkah laku kawan sekelasnya itu. Dia memang tahu yang Akio tidak pernah bergaul dengan sesiapa namun dia amat berharap Akio akan bersetuju dengan aktiviti begitu. Yuuta merenung Akio tajam sebelum dia sendiri mula menumbuk papan hitam. "Jangan nak mengada-ngada! Kau kena juga join aktiviti ni. Aku dah tetapkan semua orang akan ada partner untuk ujian keberanian tu. Kalau kau tarik diri, kita tak cukup orang."

Akio terkedu melihat wajah marah Yuuta. Dia kemudian melemparkan pandangan ke arah pelajar-pelajar lain di dalam kelas yang turut memandangnya dengan marah. "Pe..peduli apa aku!" Dia masih berdegil walaupun suaranya sudah mulai gugup. Terus dia menutup buku dan bangkit dari kerusi. Perlahan-lahan dia berjalan ke arah pintu kelas, mahu segera keluar dari situ.

Namun dia merasakan tangannya direntap seseorang dari belakang. Dengan perasaan yang terkejut, dia melihat Yuuta sudah memegang pergelangan tanganya. "Kau mesti datang juga. Esok petang, aku akan jemput kau di rumah. Jangan ingat kau boleh lari!" Kata Yuuta dengan mata yang bersinar-sinar. Senyuman masih terukir di bibirnya walaupun nada suaranya kedengaran seperti mengugut.

Akio menelan air liurnya kelat.

****

"A-K-I-O-chan!" Teriak Yuuta dari luar pagar sambil tersengih. Dia melambai-lambai ke arah Akio yang tercegat di depan pintu rumahnya.

"Jangan tambah chan lah! Kau ingat kau tu kawan aku?" Akio naik marah. Dia memandang ke arah Yuuta yang sedang menggalas sebuah beg yang dia pasti berisi pakaian dan peralatan perkhemahan. Hari itu Yuuta memakai T-shirt berwarna coklat cerah dengan seluar tiga suku yang agak lebar, pakaian yang menonjolkan tubuhnya yang agak tegap itu. Sebatang lolipop terselit di bibirnya membuatkan dia kelihatan persis keanak-anakan.

"Cepatlah. Kita kena berkumpul pukul 5." Teriak Yuuta lagi.

Yuuta dan Akio berjalan beriringan sambil menggalas beg masing-masing menuju ke sekolah yang terletak tidak jauh dari kawasan perumahan mereka. Mereka berdua bukanlah teman yang rapat di sekolah namun lokasi rumah mereka agak berdekatan.

"Hei, kenapa kau tak nak join kami? Lepas kita graduate nanti, susah kita nak jumpa lagi." Tanya Yuuta.

"Tak jumpa pun tak apa. Bukannya mati pun." Tingkah Akio angkuh.

Yuuta mengerlingnya dari sisi. "Kau ni... memang takde semangat persahabatan langsung. Patutlah tak ada orang nak berkawan dengan kau. Mulut tu laser sangat. Cubalah cakap ayat-ayat yang sedap didengar sikit dan jangan berlagak sangat."

"Aku tak perlukan kawan." Balas Akio tanpa teragak-agak. Matanya memandang jauh ke depan dan kakinya masih melangkah menyoroti langkah Yuuta yang kian perlahan itu. Yuuta terdiam sejenak merenung tubuh kurus Akio dari belakang.

"Kata-kata kau tu akan makan diri kau sendiri nanti." Bisik Yuuta perlahan.


Mereka tiba di sekolah lima belas minit kemudian. Hampir kesemua pelajar kelas 3-A sudah berkumpul di padang. Terus Yuuta bertindak sebagai ketua membahagikan mereka kepada beberapa kumpulan dan menugaskan mereka mendirikan khemah dan menyediakan makanan.

"Hei Akio, kau pergi tolong budak-budak perempuan pasang khemah." Yuuta mengarah Akio yang sekadar berdiri macam tunggul. Sakit pula hatinya melihat lelaki itu berdiri tanpa berbuat apa-apa sedangkan orang lain sibuk dengan tugasan masing-masing.

Akio menekan cermin matanya ke hidung. "Tak nak. Kan aku dah cakap aku tak nak berkhemah kat sini. Lepas habis ujian keberanian bodoh tu, aku balik rumah terus." Katanya lalu terus berlalu dan mengambil tempat di tepi padang. Akio terduduk di situ dengan senyap sekadar memerhatikan orang lain yang sedang bergelak tawa gembira dan bergurau senda dengan rakan masing-masing. Kelihatan beberapa orang pelajar lelaki sedang galak mengusik pelajar-pelajar perempuan.

Salah seorang kawan sekelas mereka yang berdiri berhampiran mengepal penumbuknya geram melihat ulah Akio itu. "Budak ni memang perosak mood betul. Aku rasa macam nak belasah je dia."

"Sabar korang, sabar." Bisik Yuuta walaupun dia sendiri yang sebenarnya sudah hilang sabar. Dia merenung Akio dari jauh cuba mentafsir peribadi rakan sekelasnya itu. Namun, ternyata Yuuta tidak memahami Akio. Bukannya dia disingkirkan sebaliknya Akio sendiri sengaja memencilkan diri.

Malam itu, mereka yang terpilih membuat cabutan undi untuk mengetahui pasangan masing-masing. Beberapa orang pelajar lelaki bersorak gembira apabila mereka dipasangkan dengan pelajar perempuan manakala ada pelajar perempuan membuat muka masam apabila terpaksa berpasangan dengan pelajar lelaki yang tidak digemari.

"Hoi, aku ingatkan korang jangan nak buat benda yang tak senonoh dalam hutan ni. Terutamanya pasangan lelaki dan perempuan." Yuuta memberi amaran dalam nada santai.

"Giliran kau cabut undi, Yuuta."

"Okey."

Yuuta mengambil sehelai kertas kecil yang terlipat di dalam kotak tisu berisi nama-nama pelajar-pelajar kelasnya. Senyumannya mengendur apabila dia membaca nama yang tertulis di dalam kertas kecil itu. 'Akio Yutaka'. Pantas Yuuta melemparkan pandangannya ke arah Akio yang turut memandang ke arahnya tanpa secalit senyuman sedikit pun itu.


"Kecewa ke? Sebab terpaksa berpasangan dengan aku." Akio menyoal sinis. Dia mengekori Yuuta yang berjalan di hadapannya sambil memegang sebuah lampu suluh. Hutan di belakang sekolah kelihatan amat berbeza dan menakutkan pada waktu malam. Memang sesuai benar aktiviti menguji keberanian yang dijalankan mereka pada malam itu. Kesemua pasangan pelajar dilepaskan satu persatu bermula dari titik A hinggalah ke titik B, iaitu di pintu belakang sekolah.

"Diamlah kau." Kata Yuuta. Dia begitu berhati-hati menyuluh ke tanah risau jika tersadung akar-akar pokok yang keluar dari tanah. Sudah hampir lima belas minit mereka berjalan di dalam hutan yang gelap itu. Walaupun Yuuta selalu juga bersiar-siar di dalam hutan, namun dia masih risau jika tersesat pada waktu malam.

"Hahaa.. kalaulah aku tak datang malam ni, jalan la kau sorang-sorang." Tingkah Akio lagi sambil ketawa kecil.

Yuuta serta-merta berhenti berjalan lalu berpusing dan merenung Akio di belakangnya.

"Kenapa?" Soal Akio.

"Iyalah. Terima kasih sebab datang. Terima kasih sebab temankan aku. Terima kasih banyak-banyak." Ucap Yuuta seraya merenung jauh ke dalam mata Akio. Tiada senyuman di bibirnya seperti biasa dan Akio tahu Yuuta sebenarnya sedang naik darah. Namun, yang membuatkan dia runsing ialah nada suara Yuuta yang lembut dan renungan matanya yang dalam itu sedang menikam jantungnya. Akio pantas melarikan pandangan matanya dari terus menatap wajah Yuuta itu.

"Bagi sini lampu suluh tu." Akio mengarah sambil merampas lampu suluh di tangan Yuuta. Dia mula berjalan di hadapan sambil menyuluh ke kiri dan kanan. "Gelapnya hutan ni."

"Kau pernah lepak sini?" Soal Yuuta.

"Kadang-kadang. Bila aku nak lari dari orang."

"Kenapa? Bukannya tak ada orang cuba nak berkawan dengan kau. Kau yang selalu pandang rendah pada orang lain dan marah-marah bila orang nak dekati kau. Apa masalah kau sebenarnya?"

Akio berhenti berjalan dan bersandar pada sebatang pokok. Dia mula memandang ke arah Yuuta yang turut menatapnya sambil menunggu jawapan. "Sebab aku tahu tak ada orang yang boleh aku percaya di dunia ni selain dari aku sendiri. Aku boleh hidup sorang-sorang. Aku tak perlukan orang lain."

"Hah? Apa kau merepek ni? Kau ni mesti pernah dikhianati seseorang kan?" Kata Yuuta sambil ketawa. Nada suaranya kedengaran berbaur bergurau. Dia kemudian mula melabuhkan punggung di atas akar kayu di tanah di sebelah Akio yang masih berdiri.

Akio terdiam sejenak sebelum dia mengeluh sedikit. "Ya."

Yuuta memandangnya dengan terkejut.

"Ibu aku tinggalkan aku sebab ikut lelaki lain. Ayah aku sibuk dengan kerja dan perempuan simpanan dia. Dan kawan baik aku pula... tidur dengan girlfriend aku." Jawab Akio dengan nada yang rendah.

"Girlfriend?"

"Masa di tahun ketiga menengah rendah aku berkawan baik dengan sorang budak kelas aku. Masa tu juga aku keluar dengan seorang perempuan. Lepas setahun aku keluar dengan dia, barulah aku tahu dia keluar dengan kawan baik aku senyap-senyap. Mereka berdua berpakat dan tipu aku. Kalaulah aku tak terserempak dengan diorang di bandar, memang aku tak tahu."

Yuuta terdiam. Dalam kesamaran itu, dia dapat melihat wajah Akio yang suram dan kelihatan sedih itu. Perlahan-lahan tanpa diduga, Yuuta menghulurkan tangannya dan memegang tangan Akio lalu menarik lelaki itu supaya duduk di sampingnya.

"Kenapa kau..." Akio resah namun dia hanya menurut.

"Kesiannya kau. Maaflah, aku tak tahu. Kami selalu ingat kau berlagak dan sombong. Yelah, kau kan anak orang kaya. Tapi, bukan semua orang macam tu. Kami semua ikhlas nak berkawan dengan kau."

"Aku dah biasa." Jawab Akio dengan suara yang agak gugup. Jantungnya berdebar-debar apabila duduk serapat itu dengan Yuuta. Malah suara Yuuta kedengaran amat lembut dan mengambil berat membuatkan dia semakin resah.

"Kau masih patah hati?" Yuuta menyoal.

"Benda dah lama. Muka perempuan tu pun aku dah lupa."

Yuuta mengukir senyuman. "Baguslah sebab..." Yuuta mula merapatkan badannya ke arah Akio. Semakin lama semakin dekat hinggakan Akio dapat merasakan deruan nafas halus Yuuta di pipinya. Akio tergamam namun dia tidak pula menolak. Tubuhnya kaku menunggu masa bibir Yuuta menyentuh bibirnya dengan debaran menendang dada.

Dan tiba-tiba keadaan menjadi gelap gelita.

"Itu hidung akulah, bodoh!" Akio membentak apabila merasakan hidungnya dikucup oleh Yuuta.

"Oh, patutlah tajam semacam. Cermin mata kau besar sangat dan menganggu. Tapi, kenapa gelap tiba-tiba ni? Kau tutup lampu suluh ke?" Yuuta menyoal sambil ketawa.

"Gila! Bateri habislah. Kau tak periksa dulu ke lampu suluh ni sebelum guna?"

"Mana aku tahu bateri nak habis."

Kegelapan itu membuatkan kedua-dua mereka semakin resah. Apatah lagi setelah apa yang berlaku di antara mereka berdua tadi. Fikiran Akio melayang memikirkan mengapa Yuuta ingin mengucupnya manakala Yuuta pula agak malu dengan perbuatannya dan mula memikirkan yang dirinya sudah tidak siuman. Entah kenapa apabila dia melihat ekspresi di wajah Akio tadi, hatinya sedikit tersentuh. Dia terasa seperti mahu memeluk Akio dan menenangkannya.

Nasib baik juga waktu itu sangat gelap, jadi kedua-dua mereka tidak nampak wajah merah padam masing-masing.

"Jom gerak." Ajak Akio.

"Gelap ni. Nanti sesat susah kita. Kau tak ada telefon bimbit?"

"Kau dah lupa ke yang kau kumpul telefon semua orang dan simpan tadi?" Akio menyoal dengan nada marah dan kesal.

"Yelah. Salah aku. Tak sangka pulak nak jadi macam ni. Kita tunggu sajalah. Nanti mereka yang lain mesti datang cari kita kalau kita lambat." Kata Yuuta sambil mula bersandar di pokok. Namun, sesaat selepas dia bersandar, kedengaran bunyi sesuatu menderam di dalam kegelapan. Kedua-dua mereka pantas bangkit berdiri.

"Bunyi apa tu?" Akio menyoal terketar-ketar.

"Mana aku tahu. Mungkin angin."

"Angin tak bunyi macam tu lah. Kau... jangan-jangan kau suruh kawan-kawan kau sembunyi dan takutkan kita." Akio meneka. Peluh dingin mula mengalir di pipi.

"Mengarutlah. Kau ingat aku sengaja suruh orang lain pura-pura jadi hantu ke?"

Akio semakin menggeletar. Yuuta yang berada disebelahnya memandang ke arahnya. Walaupun dalam kegelapan, dia tahu lelaki di sebelahnya itu kelihatan takut. Yuuta sengaja menyelitkan tangannya dan menggengam erat tangan Akio.

"Apa kau buat ni?" Akio menyoal dengan muka yang merah padam. "Malulah kalau orang nampak."

"Tak ada orang nampaklah. Kita berdua je kat sini. Genggam tangan aku kalau kau takut." Balas Yuuta selamba.

"Siapa kata aku penakut?" Akio menjeling Yuuta tajam namun dia langsung tidak cuba melepaskan pegangan tangannya sebaliknya dia sendiri menggenggam erat tangan Yuuta. Sedikit demi sedikit perasaan takutnya semakin hilang dan badannya kiat hangat menangkis rasa dingin malam. Tangan Yuuta dirasakan hangat dan selesa.

"Jadi, kau ni gay ke?" Akio menyoal.

"Taklah. Tapi, aku mungkin akan menjurus ke situ tak lama lagi." Balas Yuuta.

"Tak malu ke kau mengaku ni?"

"Kau tu pun tak marah dengan apa yang aku cuba buat tadi?"

"Aku terkejutlah, bodoh. Tapi kau ni suka dekat aku ke?"

"Tak tahu. Kau tak suka ke kalau aku suka dekat kau?"

Akio terdiam lama tidak menjawab soalan Yuuta.

"Akio?"

"Jadi apa kata kita cuba sekali lagi, Yuuta? Kalau rasa geli, kita berhenti." Tanya Akio setelah beberapa lama menyepi. Dia tertunduk-tunduk menahan malu.

Mendengarkan namanya disebut laju oleh Akio, bagaikan dipukau Yuuta terus menarik tubuh Akio merapatinya. Dia terus menanggalkan cermin mata Akio dan kali ini dia tidak teragak-agak lagi lalu terus mengucup bibir kawan sekelasnya itu. Pada mulanya Akio seperti tidak dapat bernafas namun semakin lama dia semakin tenang. Kali ini, dia juga membalas kucupan itu. Pada mulanya sekadar ciuman biasa namun semakin lama Akio merasakan sesuatu yang lembut dan hangat cuba masuk ke dalam mulutnya. Malah bibirnya juga semakin basah. Perlahan-lahan Akio menjarakkan bibirnya dan membiarkan 'French kiss' itu berlanjutan hinggakan dia berasa tubuhnya terasa panas dan hampir kejang.

"Hoi, tangan kau nak sentuh mana? Kau juga yang cakap jangan buat benda tak senonoh dalam hutan tadi. Dah lupa ke?" Akio menepis tangan Yuuta yang sudah mula hendak menyentuh dadanya itu.

"Sorry. Tiba-tiba aku turned on." Yuuta berkata dengan selamba membuatkan wajah Akio semakin merah.

"Emm.. mungkin lain kali, okey?" Ujar Akio tersipu-sipu.

*****

"Yuuta, kenapa kau lambat?" Tanya salah seorang pelajar lelaki 3-A sebaik sahaja melihat Yuuta dan Akio muncul dari sebalik semak.

"Hahaa... lampu suluh kami habis bateri. Terpaksa tunggu sebab gelap sangat." Jawab Yuuta tersengih-sengih.

"Habis tu, macam mana korang berdua boleh jalan balik sendiri? Kami baru ingat nak cari korang tadi."

"Sebab ada sorang manusia bebal tu simpan bateri lebih dalam poket tapi sengaja buat-buat panik. Konon-kononnya nak timbulkan suasana seram. Aku rasa macam nak sekeh je kepala dia." Akio mencelah tiba-tiba sambil menjeling Yuuta dengan tajam membuatkan kesemua pelajar lain memandang ke arahnya. Akio yang amat jarang bercakap itu membuka mulut. Walaupun ayat-ayatnya seperti dia sedang memarahi Yuuta, namun wajahnya tidak kelihatan serius seperti selalu sebaliknya kelihatan seperti dia sedang menikmati aktiviti pada malam itu.

"Jadi, kau nak balik terus ke Akio? Atau kau nak makan malam dengan kami?" Soal salah seorang pelajar perempuan.

"Emm.. kalau boleh, aku nak tidur di sini dan berkhemah dengan kamu semua. Boleh kan?" Tanyanya perlahan dengan malu. Baru tadi dia berkeras tidak mahu menyertai aktiviti perkhemahan itu, namun sekarang dia sendiri telah mengubah fikiran.

Beberapa orang pelajar mula bersorak sedikit. "Baguslah. Tapi, kau nak tidur dalam khemah mana?" Soal mereka.

Tanpa semena-mena, Yuuta melingkari tangannya dan memeluk bahu Akio sambil tersenyum. "Tak apa. Dia akan tidur dalam khemah aku."

-tamat-

: : Susahnya nak describe kissing scene dalam bahasa Melayu yang decent.

Wednesday, 25 January 2012

Her birthday present

Okey, so I gave her the cupcakes. She seems to be pretty surprised when I told her I made them myself. Hahaaa... I guess she knows how lazy I am and baking is so not my thing. "Walopun benda ni tak cantik atau tak sedap, tapi aku buat ni dengan penuh kasih sayang tau!" So I said to her and she just smiled. 

I don't know... she used to tell me she doesn't actually like sweet food and she hasn't say anything about the cakes yet, so I have no idea whether she likes them or not. 

That's it. I still haven't got the courage to tell her 'bout my feelings. Better not, because it'll be AWKWARD soon although I know she wouldn't push me away or avoiding me just because I have a crush on her. 

: : Read a shoujo ai manga titled BLUE yesterday and it feels so...emmm.... hit me right on my face. Thanks Syaza for recommending.

Monday, 23 January 2012

Cupcakes

Tomorrow is my best friend's birthday. I already asked a few online friends what should I gave her. Some told me to buy her a perfume or a watch or t-shirt or something that she likes. Well, since she likes yaoi, I'm sure she would be glad if I give her hot smexy posters of BL anime/manga or anything related to BL. 

But then, one friend told me that self made gifts are more valuable than the one that we buy at the store. Its like we put all of our feelings and efforts to the gifts, so it has sentimental values in it. I agree with her, although I think it depends on the 'materialistic' level of one person. If they like something expensive, cheaper handmade gifts wouldn't moved them so much. 

And her suggestion triggered my interest.

So I plan on giving her some handmade cupcakes. Its my first attempt to bake cupcakes and I'm not the type of girl who enjoy baking (and cooking) very much. It'll be pretty hard for me to bake without practice. I went to buy the ingredients and started searching for the recipe in the Internet. I'll bake them tomorrow morning and hopefully I could hand them to her in the evening. 

I hope she know how much I put a great effort to make her the cupcakes and I really hope it would turn well. I also hope that my feelings will reach her tomorrow since she is somewhat an important person to me.

Gambar hiasan from Google

Wednesday, 18 January 2012

Mesej Rahsia Kami : Bab 13

CURIGA

"Uwaahhh..." Aku menguap sebelum menggosok-gosok mataku yang sudah berair itu. Rasa mengantuk masih belum hilang walaupun sekarang aku sedang berjalan ke sekolah bersama-sama Kai.

"Tutup mulut kau tu, Ryo. Aku tahulah kau tu bukannya budak perempuan, tapi buruklah menguap macam tu." Kai menegur sambil melaga-lagakan beg sekolahnya ke bahuku.

"Penat main bola semalam masih belum hilanglah." Aku membalas sambil memuncungkan bibir. Namun seketika kemudian langkahku terhenti apabila ternampak seorang gadis yang dikenaliku sedang berdiri tegak di pintu masuk stesen tren. Bagaikan adegan di dalam anime, gadis itu kelihatan bersinar-sinar dengan rambut yang mengerbang ditiup angin pagi. Dia menghadiahkan senyuman kepada beberapa orang yang memandang ke arahnya dan sememangnya setiap lelaki yang melintasinya pasti akan memandangnya dua kali.

"Hah, kenapa?" Kai menyoal, jelasnya masih belum menyedari kewujudan gadis itu.

"Kai!!" Gadis itu melaung sambil melambai-lambaikan tangannya dengan gembira. Wajahnya yang putih itu kelihatan kemerahan seperti anak patung.

"Eh, Sora? Jarang terserempak dengan kau pagi-pagi ni." Kai membalas tegurannya seraya tersenyum manis. Entah kenapa, senyuman manisnya membuatkan aku kurang senang. Bukan aku tak biasa tengok Kai tersenyum pada budak perempuan, tapi tak tahulah kenapa setiap kali aku nampak dia bersama dengan Sora, hatiku terasa sedikit sakit. Penyakit cemburu aku menyerang lagikah?

Tapi.... mereka berdua memang nampak sama cantik, sama padan. Macam pinang dibelah dua. 

"Selamat pagi Kai. Selamat pagi Ryoki." Sora berkata.

"Pagi." Aku membalas acuh tak acuh.

Mata si gadis terus tertumpu pada Kai dan sememangnya seorang genius tidak diperlukan untuk mentafsir yang Sora memang menaruh hati padanya. "Boleh kita pergi sekolah sama-sama?" Dia menyoal.

"Okey." Tanpa teragak-agak Kai menjawab lalu Sora segera memeluk lengannya dan menarik Kai memasuki stesen tren.

Aku sekadar mengikut dari belakang dengan senyap sambil memerhatikan mereka berdua yang telah hanyut dengan topik perbualan tentang penyanyi dan CD lagu. Kai memang lelaki yang pandai berbual. Memang patutlah dia sentiasa popular di kalangan pelajar-pelajar sekolahku.

"Kan Ryoki?" Sora tiba-tiba menyebut namaku membuatkan aku tersentak. Kedua-dua mereka sedang memandang ke arahku sekarang.

"Hah?" 

"Pagi-pagi dah berangan? Dalam kelas pun Ryoki selalu berangan, kan?" Kata Sora sambil menutup mulutnya. Bahunya terangkat-angkat menahan ketawa manakala Kai hanya memandangku dengan senyap.

Err... apa diorang cakap tadi ya?

"Aku cuma bagitahu Kai pasal ujian mengejut subjek Pengajian bahasa Jepun minggu lepas tu kat kelas kita. Susah kan?" Sora mengulang soalannya lalu aku pantas mengangguk. Mengiakan sahaja apa yang dikatanya walaupun aku langsung tidak mengambil peduli.

Kami bertiga berjaya masuk ke dalam tren yang agak sesak itu dan Sora agak bernasib baik kerana mendapat tempat duduk. Walaupun dia berkeras mahu berdiri bersama-sama kami namun Kai tetap menyuruhnya mengambil tempat duduk itu, manakala aku dan dia pula hanya berdiri sambil memegang pemegang yang tergantung dari langit tren. 

Baik hati sungguh kawan baik aku ni.

Selang sebuah stesen kemudian, seorang penumpang yang duduk di sebelah Sora turun di situ. Gadis itu tersenyum sambil menepuk kerusi kosong di sebelahnya, barangkali berharap Kai akan duduk di sebelahnya. Namun, Kai hanya mengangkat tangan sambil menggeleng.

"Weh, duduklah. Kan ada kosong tu." Kataku sebaik sahaja terpandang wajah Sora yang tampak kecewa itu.

"Takpelah."

"Kai, sesak ni. Kalau kau tak duduk, membazir ruang tau." Kataku sambil mengisyaratkan kerusi kosong itu. Tanpa membalas, Kai melabuhkan punggungnya di sebelah Sora yang sudah tersenyum lebar itu. Aku pula sekadar menjadi pemerhati yang setia sambil tersenyum dan mengangguk-anggukkan kepala sekali-sekala.


"Ryoki!" Seseorang menyapaku dari belakang membuatkan aku tersentak. Pandangan mataku beralih melihat sesusuk tubuh tinggi lampai seorang lelaki yang menepuk bahuku dengan mesra. 

"Takumi!" Tersembur keluar nama kapten pasukanku itu. Hari ni saja aku terserempak dengan dua orang dalam perjalanan ke sekolah nampaknya. Kai yang sedang berbual dengan Sora turut memandang ke arah Takumi. 

"Kau seorang?" Dia menyoal.

"Eh, tak. Aku datang dengan kawan aku, Kai Tasuke." Kataku sambil mengerling ke arah Kai. Mereka berdua bertentangan mata untuk beberapa saat.

"Nampaknya kawan kau ni sibuk dengan girlfriend dia. Kau ikut aku. Ada benda aku nak cakap dengan kau." Kata Takumi agak serius sebelum dia menarik tanganku dan mencelah-celah di sebalik penumpang-penumpang lain di dalam tren itu.

Ehhh!?

"Emm.. kapten, apa sebenarnya kau nak cakap dengan aku?" Aku menyoal.

Takumi menghela nafasnya sejenak. "Aku nak cakap pasal hal semalam. Pasal benda yang berlaku pada Haru."

"Kenapa?"

"Aku dah soal-siasat kedua-dua pemain kita dan mereka pun dah mengaku pada aku. Jadi, aku dah buat keputusan untuk gantung mereka berdua dari perlawanan akan datang. Hari ni aku akan berbincang dengan Cikgu Araide samada dia akan luluskan atau tak." Takumi memberitahuku panjang lebar.

Aku mengukir senyuman. Walaupun hukuman begitu kurasakan kurang setimpal dengan apa yang berlaku pada Haru, namun aku gembira mereka akan dihukum juga. "Baguslah kalau macam tu. Apa yang terjadi pada Haru memang tak profesional."

Takumi terdiam sejenak sambil merenung mukaku. Risau pulak bila dia pandang aku macam tu. "Kau dan Haru memang rapatkah? Rasanya sebelum ni kamu berdua taklah rapat sangat kan?" Tiba-tiba saja Takumi menyoal.

"Ermm. Sebenarnya baru saja kami berkawan baik. Tapi, aku lebih rapat dengan Kai." Kataku tanpa disoal sambil menggaru-garu leherku yang tidak gatal.

"Kai? Kawan kau tadi tu?" 

Aku mengangguk laju.

Tren akhirnya tiba di stesen berhampiran sekolahku lalu penumpang-penumpang terutamanya pelajar Sekolah Tinggi Kizuna berpusu-pusu keluar dari tren dan bergegas menuju ke sekolah yang terletak hanya beberapa ratus meter saja itu.

"Ryoki!" Takumi sekali lagi memanggilku di pintu stesen. Kai dan Sora menghilang entah ke mana.

"Kenapa?"

"Kau.. dan Haru tak ada hubungan apa-apa kan?" Akhirnya terluah jua kata-kata itu dari mulut Takumi yang sedang merenungku dengan muka yang amat serius. 

Keadaan menjadi senyap sunyi untuk beberapa saat sebelum aku mula tersedar di dunia nyata. "Hah?" Aku menyoalnya memastikan telingaku tidak tersalah dengar.

"Maksud aku... kau pun tahu pasal hal dia dengan Cikgu Araide kan? Dia pun tak pernah cakap apa-apa kan? Maksudnya dia memang betul-betul gay lah."

Aku terkesima. Inilah pertama kali aku dengar Takumi berbicara begitu tentang Haru. Adakah ini bermaksud dia juga sama macam orang lain yang suka dengar khabar angin (walaupun perkara itu memang benar)? Tapi, macam mana pula dia boleh agak aku dah Haru ada hubungan macam tu? Aku perlu menidakkan anggapannya secepat mungkin.

"Takumi, apa kau cakap ni? Takkanlah aku.. dengan Haru. Hahaaa... Kami cuma kawan je. Lagipun, aku tak kisah kalau dia memang betul-betul gay pun. Aku ikhlas berkawan dengan dia." Balasku. Asalkan dia tak kacau Kai aku, aku memang ikhlas berkawan dengannya. Aku menyambung di dalam hati.

"Jadi, kau tak kisah pasal gay?" Takumi sekali lagi menyoal dengan kening yang terangkat.

Topik perbualan kami menjadi semakin aneh nampaknya.

"Ya." Aku menjawab pendek.

*****

Aku dan Kai duduk bersila di atas bumbung sekolah yang merupakan kawasan yang amat lapang itu. Selalunya kawasan itu menjadi tumpuan pelajar-pelajar nakal berborak-borak atau menghisap rokok semasa waktu rehat. Namun hari ini, tiada sesiapa pun naik ke bumbung jadi aku dan Kai dapat berborak-borak dengan selesa.

"Haru tak datang hari ni." Kai memberitahuku sambil menyedut air tembikai susu di dalam kotak.

"Kenapa agaknya, ya? Oh, tadi Takumi kata dua senior tu akan digantung perlawanan." Aku memberitahu Kai apa yang diberitahu Takumi padaku tadi.

"Hemm.. kapten kau tadi tu?"

Aku mengangguk sambil cuba menyepit telur gulung manis yang disediakan emak pagi tadi.

"Ryo, kapten kau tu..."

Aku mengangkat kepala setelah menyedari Kai tidak menghabiskan kata-katanya. 

"Takde apa-apalah." Dia tersengih.

Aku mengecilkan mata tanda tidak berpuas hati. Kai memang nak cakap sesuatu tentang Takumi tadi. Benci pulak bila dia cakap separuh separuh ni. Namun aku sekadar mencebik tanda tidak peduli (kononnya).

Pintu yang menghubungkan bumbung dan bangunan itu tiba-tiba terbuka luas dan dua orang pelajar lelaki yang amat aku kenali keluar ke bumbung. Masing-masing nampaknya tidak menyedari aku dan Kai yang sedang duduk di satu sudut sambil menikmati bento kami.

"Kenapa kita pulak yang kena gantung perlawanan? Tak guna!" Nao hampir menjerit sambil menyepak-nyepak pintu tanda tidak berpuas hati. Aku sekadar tersengih melihat ulahnya. Nampaknya hukuman mereka berdua telah diluluskan.

"Aku memang tak puas hati. Kita kena ajar budak-budak tu. Tak padan dengan junior." Jin pula berkata sambil mengepal penumbuk. 'Budak-budak' tu mestilah merujuk pada aku dan Haru. Hahaa... nampaknya aku dah buat musuh lagi.

Secara tidak sengaja Nao berpusing ke arah kami dan rahangnya terbuka luas melihat aku dan Kai yang sedang duduk bersila dengan selamba sambil memandang ke arah mereka. "Yo! Nak makan?" Aku mengangkat tangan sambil tersengih.

"Kau?" Nao mengetap bibirnya.

"Nao!" Jin menarik tangannya sambil menggeleng-gelengkan kepala.

Hehee.. mestilah mereka tak mahu buat masalah lagi.

"Ceh.. kau ingat kau bagus? Jangan ingat kau pemain pilihan Takumi, kau boleh buat apa saja!" Nao menengking.

Aku bingkas bangkit berdiri. "Pemain pilihan? Apa kau cakap ni?" Aku berjalan menghampiri Nao.

"Kau ingat kau terpilih tu sebab bakat kau ke? Aku memang tak tahu kenapa Takumi pilih kau, tapi apa yang aku pasti dia pilih kau bukan sebab kau tu berbakat." Nao berkata dengan senyuman menyindir.

Nafasku semakin sesak. "Apa maksud kau?"

"Biar aku beritahu kau satu rahsia, Ryoki." Kata Nao namun bahunya dicekak kuat oleh Jin yang melarangnya dari terus bercakap. 

"Bukan kami berdua yang nak cederakan kawan gay kau tu." Kata Nao tanpa mempedulikan kawannya itu..

"Habis tu, siapa? Kau berdua yang bagi duit..."

"Memanglah sebab kami juga diugut."

"Diugut?" Kai pula bertanya dengan penuh minat.

"Ada orang masukkan surat ugutan dan duit dalam loker kami. Orang tu suruh kami upah pemain Kuwato untuk cederakan Haru dalam perlawanan semalam. Kalau tak, mereka akan bocorkan rahsia kami." Jawab Nao.

"Rahsia apa?"

Jin secara tiba-tiba menepuk kepala Nao dengan kurang sabar. Wajahnya semakin mencuka dan garang. "Berhenti bercakap, Nao! Mulut tempayan kau ni memang menyusahkan." Dia kemudian memandang ke arahku dan Kai. "Kami dah bercakap benda yang tak sepatutnya. Lebih baik kau suruh kawan kau tu hati-hati. Nampaknya ada orang berdendam dengan dia." 


Aku dan Kai kembali terduduk di lantai dengan hati dan fikiran yang penuh tanda tanya dan curiga. Nao tidak pula kelihatan seperti sedang menipu. Barangkali mereka berdua memang sedang diugut dan dipergunakan seseorang yang berdendam dengan Haru. Tapi siapa dan apa motifnya?

"Kau rasa apa kita patut buat?" Kai memecah kesunyian itu.

"Tak tahu. Mereka berdua pun takut dengan ugutan tu dan aku tak rasa mereka tahu siapa yang ugut."

"Hei, apa kata kita berdua jadi detektif dan siasat benda ni?" Tanya Kai dengan suara yang teruja. Dia memang bersemangat kalau bab-bab siasat-menyiasat ni.

Aku mengerlingnya. "Kau ingat senang?"

"Alah.. kalau kita berdua yang siasat, mesti boleh punya. Kita berdua kan partner yang ideal!" Katanya sambil memeluk bahuku dan tersengih lebar.

Partner? Ideal? Oh... life partner? 

Oh.. hidungku nak berdarah dengan beberapa visual kurang senonoh yang tiba-tiba keluar di otakku sebaik sahaja dia menyebut perkataan partner tadi. Aku terduduk tegak membiarkan saja tubuhku dipeluk Kai yang sedang teruja itu. Kalau aku menolak, rasanya dia takkan peluk aku lagi lepas ni. 

"I.. iyalah. Kita siasat." Balasku sedikit gugup.

Tanpa disedari kami, pada ketika itu ada seseorang sedang mengintai dari sebalik pintu.

-bersambung-